Laluan tenaga mahir dalam industri perladangan

PENYELIAAN & OPERASI PENANAMAN KELAPA SAWIT RB-081-3:2012 (TAHAP 3)

dsc_0077
img-20150630-wa0006
img-20150630-wa0028

LATIHAN DAN KERJAYA DALAM BIDANG KEMAHIRAN

Kursus ini adalah merupakan kursus dalam bidang kemahiran pengurusan ladang (sawit).

Kursus ini diselia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Pelajar akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengenai :-

  • Kaedah dan Teknik Pengurusan Ladang
  • Penilaian Kemajuan Kerja
  • Penggunaan dan Pengendalian Kenderaan Ladang
  • Keselamatan di Tempat Kerja
  • Peraturan dan Disiplin Kerja
  • Pengurusan Kewangan Ladang
  • Penyeliaan Tenaga Kerja Perladangan
  • Pengurusan Tanaman Sawit &Lain-lain Tanaman seperti Getah, Semaian Getah, Buah-buahan, Hortikultur dan Landskap

Kursus ini bakal menyediakan tenaga mahir yang sangat diperlukan oleh agensi-agensi dan syarikat perladangan seperti RISDA, FELDA, FELCRA, Ladang Tabung Haji mahupun estet-estet besar dan persendirian di seluruh Negara, selain  menjadi seorang Usahawan Perladangan atau Pengusaha Ladang sendiri.

  • Sijil dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia
  • Sijil diiktiraf untuk perlantikan ke Perkhidmatan Awam, sebagai  Penyelia Rancangan Tanah/Pembantu Pertanian Gred 17.
  • Syarat kemasukan yang rendah – SPM atau minima sijil PMR dan berumur 17 tahun ke atas.
  • Kos dan Yuran Pengajian yang berpatutan.
  • Pinjaman Pengajian melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) & Pinjaman RISDA bagi anak Pekebun Kecil.
  • Tempoh pengajian 1 tahun 3 bulan.
pelajar-sawit

UNTUK MEMUAT TURUN BORANG SILA KLIK DISINI DAN HANTARKAN KE ALAMAT BERIKUT.

pdf-icon

Download PDF
KOLEJ RISDA MELAKA (K06015) Lot 2020, Ayer Pa’abas, 78000 Alor Gajah, Melaka No. Tel : 06-5529227 / 5529642 Faks: 06-5529963 Laman web : http://www.ucam.edu.my Email : skm@ucam.edu.my