Modal insan yang akan menerajui sektor pertanian Negara dan global

Diploma Pembangunan Luar Bandar JPT/BPP(N/581/4/0084)04/21, MQA/PA8061

TEMPOH : 3 Tahun (6 Semester)

PROSPEK KERJAYA  Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya yang luas dalam sektor awam mahupun swasta, di antaranya:

  • Penghulu
  • Penolong Penyelia Mukim
  • Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
  • Penolong Pegawai Belia Dan Kemasyarakatan
  • Penolong Pegawai Ekonomi Pembangunan Luar Bandar
  • Penolong Pegawai Pembangunan Desa
  • Penolong Pembangunan Luar Bandar
  • Penolong Pengurus Koperasi Luar Bandar
  • Penolong Pegawai Jabatan Pertanian

Akademik UCAM

SINOPSIS PROGRAM 

Program ini ditawarkan untuk menampung keperluan tenaga terlatih dalam bidang Pembangunan Luar Bandar yang bakal bekerja di sektor awam mahupun swasta yang mempunyai jati diri yang tinggi dan bersifat daya saing terutama dalam menjayakan kerangka rancangan serta program-program luar bandar bagi membantu meningkatkan sosioekonomi masyarakat luar bandar. Pelajar-pelajar bagi program ini akan diterapkan kurikulum berkaitan dengan pembangunan manusia, asas pertanian, pengurusan masyarakat desa, komunikasi, undang-undang tanah dan teknologi maklumat untuk membolehkan mereka membangunkan masyarakat luar bandar secara menyeluruh daripada sudut ekonomi, memperbaiki kualiti hidup dan mengurus luar bandar secara cekap dan mampan. Penekanan program ini adalah untuk menyediakan graduan yang mampu merubah kerangka minda dan sikap penduduk luar bandar supaya mempunyai keyakinan diri dan semangat ingin berdikari.

KELAYAKAN MASUK

  • Lulus SPM / SPMV, 3 kepujian – BM dan dua matapelajaran lain serta LULUS Sejarah dan Bahasa Inggeris.;
  • ATAU
  • Lulus UEC dengan mendapat ekurang-kurangnya Gred B dalam 3 matapelajaran;
  • ATAU
  • Lulus O-Level – sekurang-kurangnya Gred C dalam 3 matapelajaran;
  • ATAU
  • Lulus SKM tahap 3 dalam bidang berkaitan, lulus SPM dengan kepujian sekurang-kurangnya 1 matapelajaran DAN program pengukuhan (jika perlu)
  • ATAU
  • Lulus Sijil Kolej Komuniti yang setara dgn tahap 3 KKM dalam bidang berkaitan, lulus SPM dengan kepujian sekurang-kurangnya 1 matapelajaran DAN program pengukuhan (jika perlu);
  • ATAU
  • Lulus Sijil (Tahap 3 KKM) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
  • ATAU
  • Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C dalam satu matapelajaran;
  • ATAU
  • Lulus STAM (maqbul)
  • ATAU
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

STRUKTUR PROGRAM

Muat turun di sini

student-2
“Falkulti Sains Sosial berperanan melahirkan sumber tenaga kerja yang ber kemahiran komunikasi sebagai persediaan pelajar untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka”