Melengkapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan secara teori dan praktikal

Diploma In English For Communication JPT/BPP(N/211/4/0015)02/20, MQA/PA4874

TEMPOH : 3 Tahun (6 Semester)

PROSPEK KERJAYA Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya di dalam industri yang melibatkan komunikasi dan bahasa Inggeris atau lain-lain yang berkaitan, di antaranya:

  • Jurnalis
  • Penulis Kreatif Profesional
  • Penolong Pegawai Perhubungan Awam
  • Editor
  • Pereka Iklan
  • Konsultan
  • Wartawan
  • Pengusaha Pusat Tiusyen Bahasa

SINOPSIS PROGRAM

Program tiga (3) tahun ini direkabentuk bagi melahirkan graduan yang cemerlang di dalam bidang percakapan dan penulisan Bahasa Inggeris untuk komunikasi yang berkesan. Kurikulum program merangkumi subjek-subjek asas Bahasa Inggeris seperti Business English,Consolidating Language Skills, Language Art, Reading Skills, English Drama, Effective Articulation, Basic Writing Skills, Computer Assisted Language Learning, serta subjek-subjek komunikasi seperti Fundamental of Communication, Introduction to Communication Theories, Presentation Skills, Introduction to Public Relations, Negotiation Skills, Oral Communication, Business Communication, Principles of Management, professional Correspondence, Professional Image Building, Psychology of Communication, Co Curriculum serta diperkukuh dengan beberapa subjek sokongan seperti Asas Keusahawanan, Asas Komputer, Asas Pertanian, E-Commerce, Bahasa Mandarin @ Perancis . Pelajar juga akan didedahkan kepada latihan industri di agensi-agensi berkaitan selama 4 bulan. Graduan juga boleh melanjutkan pengajian mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja semasa.

KELAYAKAN MASUK

PELAJAR TEMPATAN

 

  1. Lulus SPM / SPMV, 3 kepujian – BM , Bahasa Inggeris dan satu subjek lain.;
  2. ATAU
  3. Lulus UEC dengan mendapat ekurang-kurangnya Gred B dalam 3 matapelajaran;
  4. ATAU
  5. Lulus O-Level – sekurang-kurangnya Gred C dalam 3 matapelajaran;
  6. ATAU
  7. Lulus SKM tahap 3 dalam bidang berkaitan, lulus SPM dengan kepujian sekurang-kurangnya 1 matapelajaran DAN program pengukuhan (jika perlu)
  8. ATAU
  9. Lulus Sijil Kolej Komuniti yang setara dgn tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan, lulus SPM dengan kepujian sekurang-kurangnya 1 matapelajaran DAN program pengukuhan (jika perlu);
  10. ATAU
  11. Lulus Sijil (Tahap 3 KKM) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
  12. ATAU
  13. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

PELAJAR ANTARABANGSA

Kelayakan yang diiktiraf setara oleh Kerajaan Malaysia

STRUKTUR PROGRAM

Muat turun di sini

“Falkulti Sains Sosial berperanan melahirkan sumber tenaga kerja yang ber kemahiran komunikasi sebagai persediaan pelajar untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka”