Bergerak progresif bersama ICT

VISI

Menjadi Pusat Perkembangan Ilmu ICT Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Kolej RISDA

MISI

Mewujudkan peluang pembelajaran dan pengajaran bagi menghasilkan modal insan yang dapat memenuhi keperluan Negara dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi

PIAGAM PELANGGAN 

Fakulti Sains Komputer dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan :

  1. Graduan di bawah Fakulti akan lulus dan layak bergraduat dengan CGPA 2.0 (ke atas) sebanyak 95% ke atas bagi setiap kemasukan program dan mengikut tempoh pengajian yang diluluskan.
  2. Semua pelajar di bawah Fakulti akan menerima Sinopsis Kursus bagi setiap subjek dalam tempoh satu (1) minggu iaitu minggu pertama (1) kuliah bermula.
  3. Semua keputusan pelajar diberikan gred dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA).
  4. Pensyarah Fakulti yang telah berkhidmat selama tiga (3) tahun paling minimum telah atau sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana atau PhD.
  5. Pensyarah mempunyai ciri dan sikap professional sebagai ahli akademik dan mempunyai tahap perkhidmatan serta pengajaran yang terbaik dari segi penilaian pensyarah dan pemantauan.
student-2
“Falkulti Sains Komputer berperanan melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi ICT.”
Jabatan
  • Jabatan Rangkaian Komputer dan Komunikasi
  • Jabatan Multimedia dan Grafik
  • Jabatan Kejuruteraan Sistem
  • Jabatan Sistem Maklumat
Program Akademik
  • Sarjana Muda Teknologi Perniagaan Keusahawanan Komputer
    Pengurusan (BCEM) – UniKL
  • Diploma E-Perniagaan (DEP)
  • Diploma Rangkaian Komputer (akan datang)
  • Sijil Sains Komputer
Kursus Pendek
  • Kursus Persekitaran PC
  • Kursus Blogger Usahawan
  • Kursus Microsoft Excel 2010 Basic & Advanced
  • Kursus Adobe Photoshop
Aktiviti pelajar
  • Karnival Open Day.
  • Team building bersama iNet Club.
  • Inspirasi Gemilang iNet Club.
  • iNet gaming competition.
  • Lawatan ke KRU studio & Silver Ant’s di bawah iNet Club