Membentuk kepakaran dalam pelbagai aspek

Diploma Perniagaantani JPT/BPP(R/340/4/0081)10/21, MQA/FA0896

TEMPOH : 3 Tahun (6 Semester)

PROSPEK KERJAYA

  • Penolong Pegawai/Pengurus di organisasi/perniagaan berasaskan perniagaantani.
  • Penolong Pegawai Hal Ehwal Ekonomi di organisasi berasaskan pertanian.
  • Usahawan berasaskan pertanian.

SINOPSIS PROGRAM

Program ini bertujuan melahirkan graduan untuk memenuhi keperluan industri perniagaantani yang memerlukan kemahiran pengurusan selari dengan kemahiran teknikal mengenai pengeluaran, pemprosesan, pengoperasian dan pengedaran produk berasaskan pertanian. Kurikulumnya menggabungkan aspek-aspek teknikal sains pertanian dengan perniagaan dan pengurusan supaya graduan berkeupayaan memahami dan mengaplikasi ilmu di bidang ini untuk mencari peluang dalam menjana pendapatan  dalam bidang perniagaan yang berasaskan pertanian.

KELAYAKAN MASUK

PELAJAR TEMPATAN

 

  1. Lulus SPM/SPMV atau setaraf –  kepujian dalam tiga (3) matapelajaran serta lulus Prinsip Akaun atau Matematik; ATAU
  2. Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
  3. Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
  4. Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
  5. Lulus Sijil Kolej Komuniti setara Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan; DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
  6. Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dengan mendapat CGPA 2.0 dalam bidang berkaitan; ATAU
  7. Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) matapelajaran; ATAU
  8. Lulus STAM pangkat Maqbul; ATAU
  9. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

PELAJAR ANTARABANGSA

Kelayakan yang diiktiraf setara oleh Kerajaan Malaysia

STRUKTUR PROGRAM

Muat turun di sini

“Menjadi sebuah Fakulti yang profesional dan berupaya membentuk kepakaran dalam pelbagai aspek dan gerak kerja di dalam bidang perniagaan.”

PROSPEK KERJAYA