Membentuk kepakaran dalam pelbagai aspek

Diploma Perakaunan JPT/BPP(R/344/4/0293)01/20, MQA/A5690

TEMPOH : 3 Tahun (6 Semester)

PROSPEK KERJAYA

  • Penolong Pegawai Akaun
  • Penolong Eksekutif Perakaunan
  • Pegawai Bank
  • Penyelia Kewangan
  • Peluang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah dalam bidang-bidang berkaitan

SINOPSIS PROGRAM

Program ini bertujuan untuk memberi pemahaman kepada pelajar berkaitan dengan konsep perakaunan dan kebolehan pelajar untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan harian dan situasi pekerjaan sebenar.

Graduan bukan sahaja dilatih dalam kemahiran perakaunan tetapi ia juga menerapkan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat seperti komunikasi secara efektif dan kebolehan untuk bekerja  secara kumpulan di samping memberi pengetahuan tentang bagaimana pengurusan mengawal aspek kewangan dalam organisasi. Program ini juga menawarkan kursus-kursus lain yang berkaitan seperti pengurusan kewangan, pengurusan, statistik, percukaian dan pengauditan.

KELAYAKAN MASUK

PELAJAR TEMPATAN

  1. Lulus SPM/SPMV atau setaraf - 3 kepujian – termasuk Matematik dan lulus Bahasa Inggeris; ATAU
  2. Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Matematik dan lulus Bahasa Inggeris; ATAU
  3. Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Matematik dan lulus Bahasa Inggeris; ATAU
  4. Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran dengan kredit Matematik dan Lulus Bahasa Inggeris; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
  5. Lulus Sijil Kolej Komuniti setara Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan; DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran dengan kredit Matematik dan Lulus Bahasa Inggeris; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
  6. Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dengan mendapat CGPA 2.0 dalam bidang berkaitan; ATAU
  7. Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) matapelajaran DAN Lulus SPM dengan kepujian dalam Matematik dan Lulus Bahasa Inggeris; ATAU
  8. Lulus STAM pangkat DAN Lulus SPM dengan kepujian dalam Matematik dan Lulus Bahasa Inggeris; ATAU
  9. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

PELAJAR ANTARABANGSA

Kelayakan yang diiktiraf setara oleh Kerajaan Malaysia

STRUKTUR PROGRAM

Muat turun di sini

student-2
“Menjadi sebuah Fakulti yang profesional dan berupaya membentuk kepakaran dalam pelbagai aspek dan gerak kerja di dalam bidang perniagaan.”

PROSPEK KERJAYA

Diploma-Perakaunan-1
Diploma-Perakaunan-2
Diploma-Perakaunan-3
Diploma-Perakaunan-4