Membentuk kepakaran dalam pelbagai aspek

Diploma Keusahawanan JPT/BPP(R/345/4/0606)01/20, MQA/A5691

TEMPOH : 3 Tahun (6 Semester)

PROSPEK KERJAYA

  • Usahawan
  • Penolong Pegawai / Pengurus
  • Eksekutif Pengurusan
  • Peluang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah bidang-bidang berkaitan.

SINOPSIS PROGRAM

Program ini dibangunkan dengan matlamat supaya graduan bersedia untuk mencabar diri menjalankan perniagaan sendiri serta berhadapan dengan peluang dan ancaman di dalam perniagaan secara bijak.

Kurikulum program ini dirangka supaya mereka dibekalkan dengan ilmu-ilmu keusahawanan dan pengurusan yang membantu mereka untuk menjalankan perniagaan mereka sendiri. Bidang pengajian program ini adalah menyeluruh dan meliputi aspek yang penting di dalam perniagaan seperti  pengurusan, operasi, perundangan, pengurusan sumber manusia dan pembuatan keputusan.

KELAYAKAN MASUK

  1. Lulus SPM/SPMV atau setaraf – 3 kepujian – BM dan dua (2) matapelajaran lain serta  lulus Prinsip Akaun atau Matematik ; ATAU
  2. Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
  3. Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
  4. Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
  5. Lulus Sijil Kolej Komuniti setara Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan; DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
  6. Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dengan mendapat CGPA 2.0 dalam bidang berkaitan; ATAU
  7. Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) matapelajaran; ATAU
  8. Lulus STAM pangkat Maqbul; ATAU
  9. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

STRUKTUR PROGRAM

Muat turun di sini

“Menjadi sebuah Fakulti yang profesional dan berupaya membentuk kepakaran dalam pelbagai aspek dan gerak kerja di dalam bidang perniagaan.”

PROSPEK KERJAYA