Membentuk kepakaran dalam pelbagai aspek

KPT CODE: JPT/BPP(N/340/6/0721)03/22 MQA CODE: MQA/PA8761  

TEMPOH 4 Tahun

PROSPEK KERJAYA   Sektor Awam

  • Pegawai Pertanian
  • Pegawai Tadbir
  • Pegawai Penyelidik
  • Pegawai Pemantau Harga
  • Pensyarah
  • Pegawai Perunding
  • Penolong Pegawai Pertanian
  • Penolong Pegawai Tadbir
  • Penolong Pegawai Penyelidik

Sektor Swasta

  • Pengurus Syarikat
  • Pegawai Perladangan
  • Perunding Usahawantani
  • Usahawantani
  • Pensyarah
  • Penyelia Estet
  • Inspektor Kualiti Estet/Ladang
  • Pemeriksa Estet/Ladang
  • Penternak (haiwan yang berkaitan)
  • Pegawai Bank

SINOPSIS PROGRAM

Program ini direkabentuk untuk menyediakan pelajar ke arah kerjaya profesional dalam bidang pengurusan, kewangan, pemasaran dan perniagaan berasaskan produk pertanian. Aspek rantaian pertanian menjadi tunjang dalam program ini di mana graduan akan mendapat kefahaman menyeluruh tentang pengeluaran dan rantaian bekalan daripada pengeluar sehingga kepada pengguna. Kursus-kursus utama yang terdapat dalam program ini termasuklah pengurusan sains tanah, pengeluaran tanaman, ternakan, akuakultur, prinsip pengurusan, pemasaran, kewangan dan sumber manusia. Latihan industri, tesis dan kertas kajian turut memberi nilai tambah kepada graduan dalam program ini.

KELAYAKAN MASUK

Pelajar Tempatan Lulus Diploma atau Diploma Lanjutan (Tahap 4 atau 5 MQF); ATAU Lulus STPM atau setaraf dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) matapelajaran DAN Lulus SPM dengan Lulus dalam Matematik dan Lulus Bahasa Inggeris; ATAU Lulus Matrikulasi/Foundation/Asasi dengan minimum CGPA 2.0; ATAU Lulus STAM (pangkat Jayyid) DAN Lulus SPM dengan Lulus dalam Matematik dan Lulus Bahasa Inggeris; ATAU Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia atau Senak UCAM  Pelajar Antarabangsa Kelayakan yang diiktiraf setara oleh Kerajan Malaysia TOEFL skor 550 atau IELTS skor 5.0 atau setaraf. Sekiranya tidak memenuhi kriteria, perlu lulus Kemahiran Bahasa Inggeris yang ditawarkan oleh PPT.

STRUKTUR PROGRAM

Muat turun di sini

student-2
“Menjadi sebuah Fakulti yang profesional dan berupaya membentuk kepakaran dalam pelbagai aspek dan gerak kerja di dalam bidang perniagaan.”