Membentuk kepakaran dalam pelbagai aspek

Pengenalan

Fakulti Pengurusan Perniagaan ditubuhkan selari dengan hasrat Kolej RISDA untuk memperkasakan bidang keusahawanan dan perniagaan serta melahirkan graduan yang berkeupayaan untuk memajukan diri di dalam bidang perniagaan.

VISI

Menjadi sebuah Fakulti yang profesional dan berupaya membentuk kepakaran dalam pelbagai aspek dan gerak kerja di dalam bidang perniagaan.

MISI

Membentuk graduan di dalam bidang perniagaan dan keusahawanan yang berkualiti dalam kefahaman akademik, idea dan tindakan dalam merealisasikan matlamat Kolej RISDA.

OBJEKTIF

Fakulti Pengurusan Perniagaan dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan :

  1. Memupuk budaya mencari ilmu dan menguasai bidang perniagaan dan pelbagai bidang ilmu pengetahuan lain.
  2. Mencetus idea-idea baru bagi mengadaptasi perubahan dan permintaan pasaran.
  3. Menggalakkan penggunaan teknologi dan kepakaran yang ada bagi mencapai misi Fakulti.
  4. Menanamkan budaya mencintai ilmu kepada setiap pelajar.
“Menjadi sebuah Fakulti yang profesional dan berupaya membentuk kepakaran dalam pelbagai aspek dan gerak kerja di dalam bidang perniagaan.”
Jabatan
  • Jabatan Pengurusan.
  • Jabatan Keusahawanan.
  • Jabatan Perakaunan dan Kewangan.
Program Akademik
  • Diploma Pengurusan Perniagaan secara kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM).
  • Diploma Perakaunan.
  • Diploma Keusahawanan.
  • Diploma Perniagaantani.
  • Sijil Pengurusan Perniagaan.