Bergerak progresif bersama ICT

Bachelor of Landscape Management (Hons) JPT/BPP(N/581/6/0064)03/20, MQA/PA5032

TEMPOH : 4 Tahun (8 Semester)

PROSPEK KERJAYA

  • Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya di bidang hortikultur dan landskap atau lain-lain yang berkaitan, antaranya :
    • Pegawai landskap
    • Kontraktor landskap
    • Pengurus nurseri
    • Pegawai hortikultur
    • Pegawai pertanian
    • Pegawai penyelidik
    • Arkitek landskap
    • Perunding
    • Usahawan
    • Pensyarah
    • Eksekutif syarikat swasta

SINOPSIS PROGRAM

Program 4 tahun ini direkabentuk bagi melahirkan graduan profesional dalam bidang hortikultur dan landskap.

Kurikulum program ini memberi penekanan kepada kefahaman asas saintifik, teknikal dan pengurusan dalam bidang hortikultur. Ini akan membolehkan mereka untuk menterjemah ilmu yang dipelajari kepada penggunaan teknologi hortikultur dan landskap untuk faedah manusia sejagat. Kursus-kursus dalam program ini merangkumi sains tanah, sains asas, tanaman hiasan, pembiakbakaan tanaman, rekabentuk tanaman, kerja pembinaan landskap, ekonomi dan pengurusan serta komunikasi. Aspek pengurusan sumber, perancangan dan penilaian perniagaan hortikultur dan landskap merupakan komponen integral dalam program ini. Selain daripada latihan dalam kampus, pelajar akan didedahkan dengan situasi sebenar dengan menjalani latihan praktikal di industri berkenaan.

KELAYAKAN MASUK

PELAJAR TEMPATAN

 

  1. Lulus Diploma berkaitan dengan minimum CGPA 2.0 dari institusi diiktiraf; ATAU
  2. Lulus STPM  atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam dua (2) mata pelajaran; ATAU
  3. Lulus Matrikulasi/Foundation/Asasi (IPTA/IPTS – yang dibenarkan menawarkan Foundation) dengan mendapat minimum CGPA 2.0; ATAU
  4. Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam lima (5) mata pelajaran; ATAU
  5. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

PELAJAR ANTARABANGSA

  1. Kelayakan yang diiktiraf setara oleh Kerajaan Malaysia
  2. TOEFL skor 550 atau IELTS skor 5.0 atau setaraf.
  3. Sekiranya tidak memenuhi kriteria, perlu lulus Kemahiran Bahasa Inggeris yang ditawarkan oleh PPT.

STRUKTUR PROGRAM

Muat turun di sini .

student-2
“Menjadi sebuah Fakulti yang profesional dan berupaya membentuk kepakaran dalam pelbagai aspek dan gerak kerja di dalam bidang perniagaan.”

PROSPEK KERJAYA

bacelor-pengurusan-landskap
bacelor-pengurusan-landskap-2
bacelor-pengurusan-landskap-3
bacelor-pengurusan-landskap-4
bacelor-pengurusan-landskap-5
bacelor-pengurusan-landskap
bacelor-pengurusan-landskap-7
bacelor-pengurusan-landskap-8
bacelor-pengurusan-landskap-9
bacelor-pengurusan-landskap-10
bacelor-pengurusan-landskap-11