Modal insan yang akan menerajui sektor pertanian Negara dan global

Diploma Pengurusan Ladang JPT/BPP(N/345/4/0380)07/18, MQA/FA2795

TEMPOH : 3 Tahun 

PROSPEK KERJAYA

  • Penolong Pengurus Ladang
  • Penolong Pengawai Pertanian
  • Penolong Pengurus Estet
  • Penolong Pengawai Penyelidikan
  • Penolong Pengawai pemasaran
  • Penyelia Projek Pertanian
  • Usahawan Ladang
  • Melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan

SINOPSIS PROGRAM

Program Diploma Pengurusan Ladang ini dibentuk bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam bidang perladangan yang terlatih dan berkemahiran dalam menguruskan hal-hal berkaitan.

Kurikulum program yang dibentuk adalah seimbang antara pengetahuan teori serta amali pratikal di ladang. Para pelajar diberi pendedahan kepada pengetahuan pengurusan ladang yang lengkap dari pelbagai aspek  seperti sains tanah, kawalan perosak tanaman, entomologi, keusahawanan, perakaunan, landskap, tanaman industri seperti sawit dan getah, tanaman sayuran dan sebagainya. Ia dilengkapi dengan program ko-kurikulum dan kemahiran insaniah bagi membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah diri yang tinggi serta menanam sifat kepimpinan.

KELAYAKAN MASUK

PELAJAR TEMPATAN

 

  1. Lulus SPM/SPMV atau setaraf - 3 kepujian – BM dan dua (2) matapelajaran lain serta  lulus BI dan Matematik ; ATAU
  2. Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
  3. Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
  4. Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
  5. Lulus Sijil Kolej Komuniti setara Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan; DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
  6. Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dengan mendapat CGPA 2.0 dalam bidang berkaitan; ATAU
  7. Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) matapelajaran; ATAU
  8. Lulus STAM pangkat Maqbul; ATAU
  9. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

PELAJAR ANTARABANGSA

Kelayakan yang diiktiraf setara oleh Kerajaan Malaysia

 

STRUKTUR PROGRAM

Muat turun di sini

student-2
“Falkulti Agrosains berperanan melahirkan sumber tenaga kerja terlatih dalam bidang pertanian, perladangan serta landskap dan hortikultur”

PROSPEK KERJAYA

Diploma-Pengurusan-Ladang
pengurusan-lanskap-8
pengurusan-ladang-1
Diploma-Pengurusan-Ladang-4
Diploma-Pengurusan-Ladang-5
Diploma-Pengurusan-Ladang-6
Diploma-Pengurusan-Ladang-7