Modal insan yang akan menerajui sektor pertanian Negara dan global

Diploma Pengeluaran Ternakan  JPT/BPP(N/621/4/0009)05/19, MQA/PA3548

TEMPOH : 2 1/2 Tahun       3 Tahun (bermula Disember 2016)

PROSPEK KERJAYA

  • Penolong Pegawai Pertanian
  • Penolong Pegawai Veterinar
  • Penolong Pegawai Penyelidik
  • Usahawantani
  • Penyelia Ladang

SINOPSIS PROGRAM

Program 2 1/2 tahun ini (5 semester) direkabentuk bagi melahirkan graduan profesional dalam bidang pertanian secara amnya dan bidang pengurusan ternakan secara khususnya.

Program Diploma Pengeluaran Ternakan ini mempunyai kurikulum pengajian yang merangkumi aspek teori dan juga praktikal. Kurikulum program ini merangkumi semua elemen seperti biologi, kimia, matematik, asas pengeluaran ternakan, teknologi pemprosesan makanan, struktur ladang ternakan, anatomi dan fisiologi ternakan, genetik , pembiakbakaan ternakan, pengurusan ladang ternakan dan pengurusan sisa ternakan. Pelajar juga diberikan pendedahan semasa menjalankan latihan industri selama 14 minggu di agensi luar yang mempunyai kaitan dengan bidang ternakan. Ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar untuk memenuhi kehendak pasaran dalam bidang berkaitan. Melalui kaedah pengajaran yang digunakan boleh memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dari sudut pemikiran kritis, komunikasi, pembuatan keputusan serta penyelesaian masalah. Jika dilihat setiap kursus yang ditawarkan mengandungi hasil pembelajaran yang berbeza. Tetapi setiap kursus ini melengkapi setiap syarat di dalam hasil pembelajaran.

KELAYAKAN MASUK

PELAJAR TEMPATAN

 

  1. Lulus SPM/SPMV atau setaraf – 3 kepujian – BM, salah satu subjek Sains dan satu matapelajaran lain serta  lulus BI dan Matematik ; ATAU
  2. Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
  3. Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
  4. Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
  5. Lulus Sijil Kolej Komuniti setara Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan; DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
  6. Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dengan mendapat CGPA 2.0 dalam bidang berkaitan; ATAU
  7. Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) matapelajaran; ATAU
  8. Lulus STAM pangkat Maqbul; ATAU
  9. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

PELAJAR ANTARABANGSA

Kelayakan yang diiktiraf setara oleh Kerajaan Malaysia

STRUKTUR PROGRAM

Muat turun di sini

“Falkulti Agrosains berperanan melahirkan sumber tenaga kerja terlatih dalam bidang pertanian, perladangan serta landskap dan hortikultur”

PROSPEK KERJAYA