Modal insan yang akan menerajui sektor pertanian Negara dan global

PENGENALAN

Fakulti Agrosains (FAS) menawarkan program pengajian pertanian secara proaktif yang dapat membantu membekalkan modal insan yang akan menerajui sektor pertanian Negara dan global. Peranan FAS adalah untuk mencapai visi dan misi Institusi untuk memperkasakan pendidikan pertanian. FAS merupakan tunjang penting Institusi bagi melahirkan sumber tenaga kerja terlatih dalam bidang pertanian, perladangan serta landskap dan hortikultur. Kurikulum bersepadu yang dibentuk bukan sahaja bersandar kepada ilmu teori di dalam kuliah tetapi turut dipraktikkan di lapangan amali. Ini sejajar dengan keperluan Negara yang ingin melahirkan lebih ramai generasi yang cenderung ke arah bidang pertanian dan memenuhi pasaran kerjaya. Pelajar juga diberi pendedahan kepada bidang keusahawanan dan teknologi pertanian yang dapat menggalakkan mereka untuk menceburi bidang usahawantani setelah tamat pengajian.

VISI

Menerajui kepakaran dalam bidang pendidikan pertanian secara proaktif

MISI

Melahirkan modal insan yang kompeten dalam bidang pertanian

OBJEKTIF

  1. Memartabatkan pendidikan pertanian di Malaysia.
  2. Memperkasakan bidang penyelidikan pertanian lestari.
  3. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.
  4. Membentuk sahsiah diri pelajar yang penuh dengan nilai-nilai murni.
“Falkulti Agrosains berperanan melahirkan sumber tenaga kerja terlatih dalam bidang pertanian, perladangan serta landskap dan hortikultur”
Jabatan
  • Jabatan Agroteknologi.
  • Jabatan Pengurusan Perladangan.
  • Jabatan Landskap dan Alam Sekitar.
Program Akademik
  • Diploma Pengurusan Ladang secara usahasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
  • Diploma Pengurusan Landskap.
  • Diploma Sains Pertanian.
  • Diploma Pengurusan Ladang.
  • Sijil Sains Pertanian.
Kursus Pendek
  • Kursus Asas Pertanian.
  • Kursus Penyelenggaraan Landskap.
  • Kursus Edible Garden.
  • Kursus Fertigasi.
  • Kursus Penyembelihan Haiwan Ternakan.
Aktiviti pelajar
  • Festival Bunga dan Taman FLORIA Putrajaya.
  • DPIM’s Day bersama pelajar Diploma Pengurusan Ladang UiTM Kuala Pilah dan Majlis Makan Malam pelajar Diploma Pengurusan Ladang (UiTM).
  • Program Penyelenggaraan dan Penanaman Tanaman Landskap Perbandaran bersama Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).
  • DPL’s Day dan Malam Apresiasi Pelajar Diploma Pengurusan Landskap.