Mula beroperasi pada tahun 1999.

Pembiayaan

Kolej-RisdaTABUNG PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI PEKEBUN KECIL RISDA

1. Skim Pinjaman Boleh Ubah TPSEPK RISDA

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Anak Pekebun Kecil Yang Berdaftar Dengan RISDA.
  3. Menerima Tawaran Pengajian Di UCAM.
  4. Tahap Pengajian Adalah Pada Peringkat Sijil, Diploma Dan Ijazah Dalam Semua Bidang / Kursus Yang Ditawarkan Oleh UCAM.
  5. Pemohon hendaklah terdiri daripada ANAK-ANAK PEKEBUN KECIL yang disahkan oleh Pembantu Pertanian RISDA (PPR), Pen. Pegawai Pertanian, Pegawai RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian/Negeri atau Bahagian Tanam Semula Ibu Pejabat.
  6. Pendapatan kasar isirumah keluarga kurang RM 2,500.00 sebulan.
  7. Pemohon mestilah mempunyai kelulusan yang memuaskan atau mengikut taraf seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil, RISDA.
  8. Pemohon mestilah tidak terikat/menerima sebarang bantuan/pinjaman kewangan daripada mana-mana pertubuhan/organisasi lain semasa pengajian.
  9. Pemohon dikehendaki mengemukakan dua (2) orang penjamin bagi ikatan perjanjian di antara pihak RISDA dengan pelajar dan penjamin. Syarat-syarat penjamin adalah seperti berikut;
    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur 21 tahun hingga 55 tahun
    3. Mempunyai pekerjaan berpendapatan tetap dan salah seorang adalah penjawat awam dengan pendapatan tidak kurang dari RM1,500.00.

Cara Memohon Skim Pinjaman Boleh Ubah TPSEPK RISDA

  1. Pemohon Wajib Membuka Akaun CIMB.
  2. Tujuan Skim Pinjaman Ini Adalah Untuk Memberi Kemudahan Pembiayaan Kepada Anak-Anak Pekebun Kecil RISDA  Untuk Melanjutkan Pengajian Di UCAM.
  3. Permohonan Pembiayaan Skim Pinjaman TPSEPK Adalah Melalui Borang Permohonan Yang Disediakan.
  4. Lengkapkan Borang Permohonan Dan Serahkan Kepada Pegawai Pembiayaan Kolej RISDA dalam tempoh 30 hari selepas tarikh mendaftar.
  5. Layak Untuk Semua Program Yang Ditawarkan Oleh UCAM.

Klik pautan di bawah untuk memuat turun :

BORANG PERMOHONAN SKIM PINJAMAN PELAJARAN BOLEH UBAH  

2. Skim Bantuan Pelajaran TPSEPK RISDA Pendahuluan

Skim Bantuan Pelajaran Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil (TPSEPK) ini diwujudkan atas kelulusan Mesyuarat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) kali ke 196 mengikut Arahan Ketua Pengarah Bilangan 7 Tahun 2008 bertarikh 28 Januari 2008.

Tujuan Bantuan

Tujuan Skim Bantuan Pelajaran ini adalah untuk memberi kemudahan bantuan kewangan kepada anak-anak pekebun kecil yang melanjutkan pengajian mereka di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Pengiktirafan disemak melalui laman web “Daftar Kelayakan Malaysia/ Malaysian Qualifications Register (MQR)” “http://www.mqa.gov.my/mqr/akrbyipts.cfm”. Bantuan Pelajaran ini dipertimbangkan kepada permohonan Semester 1 sahaja untuk membantu sebahagian pembayaran yuran kemasukan pelajar ke IPTA atau IPTS. Bantuan ini tidak layak untuk negeri-negeri yang diberi bantuan oleh negeri atau agensi dalam negeri dan tidak mengambil kira nilai perbezaan kadar bantuan yang diberi oleh negeri/agensi. Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Pelajaran TPSEPK RISDA dan borang permohonan, boleh memuat turun pautan di bawah.

Klik pautan di bawah untuk memuat turun :

INFO SKIM BANTUAN PELAJARAN (SBP)

BORANG SKIM BANTUAN PELAJARAN (SBP)