Mula beroperasi pada tahun 1999.

Pembiayaan

logo-ptptnPENGENALAN

Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan bagi tujuan untuk memberi pembiayaan pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pembiayaan pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. Sekali gus, membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.

Kelayakan Permohonan SKim Pinjaman Pelajaran PTPTN

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur Tidak Melebihi 45 Tahun Pada Tarikh Memohon.
  3. Lulus SPM Dengan Sekurang-Kurangnya 3 Kredit Dalam Mana-Mana Mata Pelajaran.
  4. Bagi Pelajar-Pelajar IPTS, Kursus Yang Diikuti Mestilah Mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Daripada MQA Dan Belum Tamat Tempoh Sah Laku Semasa Permohonan Dikemukakan.
  5. Baki Tempoh Pengajian Semasa Membuat Permohonan Hendaklah Tidak Kurang Dari 1 Tahun.
  6. Pelajar Perlu Mempunyai Akaun Simpanan SSPN Sebelum Membuat Permohonan.
  7. Data Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan digunakan sebagai penentuan jumlah pembiayaan :
  • Pendapatan keluarga RM4,000 dan ke bawah yang termasuk dalam data BR1M akan mendapat jumlah penuh.
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000 (tidak termasuk dalam data BR1M) layak mendapat 75% daripada jumlah pembiayaan maksima.
  • Pendapatan keluarga melebihi RM8,000 layak mendapat 50% daripada jumlah pembiayaan maksima.

Cara Memohon Pembiayaan Pendidikan PTPTN

  1. Pemohon Wajib Membuka Akaun CIMB Dan Akaun SSPN.
  2. Pemohon Perlu Membeli No. PIN Bernilai RM5.00 di Bank Simpanan Nasional (BSN).
  3. No. PIN Hanya Sah Enam (6) Bulan Selepas Tarikh Daftar Permohonan (pendaftaran kali pertama).
  4. Permohonan Pembiayaan Pendidikan Adalah Secara Atas Talian (online) Melalui Laman Web Permohonan Pembiayaan Online di Alamat http://www.ptptn.gov.my/gateway
  5. Lengkapkan Borang Permohonan Kali Pertama Di Laman Web PTPTN Dan Hantar Secara Online Sebelum Tarikh Tutup.
  6. PTPTN Akan Memaklumkan Status Permohonan Kepada Pelajar Secara Atas Talian Melalui Email Dan Laman Web PTPTN 7 Hari Selepas Tarikh Tutup Permohonan.
  7. Sila lengkapkan Dokumen Perjanjian dan dikembalikan bersama-sama dokumen sokongan kepada PTPTN dalam tempoh 30 hari daripada tarikh kelulusan perjanjian.
  8. Layak Memohon Untuk Semua Program Diploma Dan Ijazah Sarjana Muda.