Mula beroperasi pada tahun 1999.

SEKOLAH LATIHAN GETAH

Sejarah penubuhan UCAM bermula pada tahun 1960 yang mulanya dikenali sebagai Sekolah Latihan Getah oleh Rubber Research Institute (RRI).

SEKOLAH LATIHAN RISDA

Pada tahun 1973, pengurusan RISDA telah mengambil alih institut tersebut dan dinamakan sebagai Sekolah Latihan RISDA.

INSTITUT LATIHAN RISDA

Sekolah Latihan Getah terus berkembang menjadi Institut Latihan RISDA. Ketika itu ILR berperanan sebagai institusi bagi menjalankan aktiviti latihan pengurusan dan teknikal serta program-program pengembangan kepada komuniti pekebun kecil RISDA.

KOLEJ RISDA (KRIS)

Secara rasminya pada tahun 1999, institut ini telah dinaiktaraf sebagai Kolej RISDA. Setelah beroperasi selama 14 tahun, pada tanggal 8 Disember 2014 Kolej RISDA telah melakar sejarah apabila diluluskan dan dinaiktaraf sebagai University College of Agroscience Malaysia atau singkatanya UCAM oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA

Seiring dengan penumpuan negara dalam Program Transformasi Ekonomi terutama dalam sektor pertanian melalui inisiatif dalam memberi fokus kepada rakyat berpendapatan tinggi, UCAM menawarkan program akademik pengajian tinggi dalam bidang pertanian dan perladangan bagi generasi kedua masyarakat pekebun kecil dan luar bandar. Pengalaman 15 tahun dalam program latihan pertanian dan perladangan, UCAM kini menawarkan platform untuk program pengajian di peringkat Sijil, Sijil Kemahiran, Diploma serta Ijazah Sarjana Muda. Selain itu, UCAM turut menawarkan program-program dalam bidang Perakaunan, Keusahawanan, Perniagaantani, Landskap, Pengurusan Ternakan, Sains Komputer serta Kursus Kemahiran / Latihan.

Kampus utama UCAM teletak di Alor Gajah, Melaka yang mempunyai keluasan 150 ekar yang meliputi zon Pentadbiran, Akademik, Perladangan, Kolej Kediaman serta Sukan dan Rekreasi. UCAM juga turut mempunyai 4 cawangan iaitu Kolej RISDA Semporna, Sabah yang menawarkan program-program akademik. Selain itu Pejabat Zon Tmur (Kelantan), Pejabat Zon Tengah (Pahang) dan Pejabat Zon Utara (Perak) pula beroperasi sebagai pusat latihan dalam menjalankan program-program Sijil Kemahiran Malaysia serta kursus-kursus pendek.

UCAM bukan sahaja menyediakan program pengajian akademik yang berkualiti dan mengikut keperluan industri, malah program yang ditawarkan turut mendapat pengiktirafan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Selain itu UCAM turut diiktiraf MS ISO 9001:2008 dalam Sistem Pengurusan Kualiti serta mendapat  Penarafan 5 bintang MyQUEST (Malaysian Quality Evaluation System for Private Colleges 2012/2013) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2013.

Sehinggai kini UCAM telah melahirkan seramai lebih 6000 orang graduan dalam bidang pertanian dan perladangan amnya