Mula beroperasi pada tahun 1999.

Logo  University College of Agrosience Malaysia (UCAM) diilhamkan daripada tiga (3) helai dedaun yang melambangkan Kematangan. Rangkaian  tiga (3) warna lazimnya adalah suatu pertukaran progresif dalm proses pembangunan. UCAM melalui fasa transformasi bermula dari Institut Latihan RISDA sehinggalah ke Kolej RISDA dan kini dikenali dinaiktaraf sebagai University College of Agroscience Malaysia.

Lakaran grafik berbentuk tiga (3) helai daun berlainan saiz yang bertindih secara harmoni disusun dari kanan ke posisi tegak memberi pengertian  penerokaan kajian dalam bidang pertanian yang telah berabad diceburi dangan penuh tekad, kegigihan dan kesungguhan. Kini berubah menjadi sebuah Kolej Universiti, tempat untuk meneruskan penerokaan dan mencari penemuan-penemuan  kajian baharu dalam bidang latihan dan agroteknologi.

Bentuk garisan di bawah horizon memberi maksud globalisasi. Satu perjalanan era dimensi baru  bagi merentasi dunia tanpa sempadan dengan penuh Bersedia, Berdaya Saing, Berkemampuan  dan optimistik.

Sementara perkataan UCAM yang direka dengan kesesuaian tipografi manakala A (Agrosains) diberikan sentuhan kreatif yang mengadungi warna ungu membawa penekanan indentiti utama UCAM.

Warna Ungu membawa perlambangan kepada Kematangan, Kesuburan, Kehidupan, Kesegaran, Kecergasan, Berkembang dan Kewujudan.

Warna Biru Tua membawa perlambangan kepada Kebijaksanaan, Kematangan, Keharmonian dan Keluasan Alam Semesta.