KALENDAR AKADEMIK BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA, DIPLOMA DAN ASASI SEMESTER KEDUA 2023/2024 (DISEMBER 2023 – APRIL 2024) DAN PROGRAM IJAZAH SARJANA SEMESTER DISEMBER 2023 (DISEMBER 2023 – MAC 2024)

Perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa kalendar akademik yang dikeluarkan adalah untuk
1) Program Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Asasi Semester Kedua 2023/2024 (Disember 2023 – April 2024)
2) Program Ijazah Sarjana Semester Disember 2023 (Disember 2023 – Mac 2024)

Kalendar Akademik – Klik di sini

KALENDAR AKADEMIK UCAM SEMESTER PERTAMA 2022/2023

Perkara di atas adalah dirujuk.

1. Dimaklumkan bahawa kalendar akademik yang dikeluarkan adalah untuk program Ijazah
Sarjana Muda, Diploma dan Asasi bagi Semester Pertama 2022/2023 (Ogos – November 2022).

2. Lanjutan daripada itu, berdasarkan kepada Surat Pemakluman “PENGOPERASIAN
INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (IPTS) SEMASA FASA PERALIHAN KE ENDEMIK”
yang telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT) pada 31 Mei 2022 yang lalu, telah menyatakan bahawa semua aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) secara bersemuka / berkumpulan / berkelompok adalah DIBENARKAN.

3. Justeru itu, sesi kuliah / PdP bagi Semester Pertama 2022/2023 yang akan bermula pada
01 Ogos 2022
nanti, akan dilaksanakan secara bersemuka / fizikal. Para pelajar hendaklah
mengikuti kalendar yang telah ditetapkan terutamanya yang berkaitan dengan aktiviti akademik
(pendaftaran kursus / perubahan kursus (gugur/tambah) / tangguh pengajian) supaya proses
akademik UCAM berjalan dengan lancar.

4. Para pelajar juga disarankan untuk sentiasa dan terus mematuhi “SOP SEKTOR
PENDIDIKAN TINGGI SEMASA FASA PERALIHAN KE ENDEMIK” yang telah ditetapkan. Segala
kerjasama yang diberikan oleh para pelajar amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima
kasih.

Segala kerjasama yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

1. Memo Kalendar Akademik – Klik di sini

2. Kalendar Akademik – Klik di sini