Membentuk kepakaran dalam pelbagai aspek

KPT CODE: JPT/BPP(N/343/4/0220)03/22 MQA CODE: MQA/PA8542  

TEMPOH : 3 Tahun (6 Semester)

PROSPEK KERJAYA Sektor Awam

  • Penolong Pegawai Bank
  • Pembantu Pegawai Tadbir Pusat Zakat
  • Eksekutif Pemasaran
  • Perancang Kewangan
  • Pembantu Pegawai Perakaunan
  • Ejen Takaful
  • Penasihat Kewangan
  • Eksekutif Unit Pelaburan
  • Broker

SINOPSIS PROGRAM

Program ini dibangunkan dengan matlamat utama untuk menilai secara kritikal dan analitikal semua teori dan prinsip kewangan Islam serta aplikasinya dalam perkembangan terkini dunia kewangan Islam. Kurikulumnya direkabentuk dengan memberi penekanan kepada perkembangan semasa dalam sistem kewangan Islam dan kefahaman mengenai kepentingan dan hubungan dengan sistem kewangan konvensional, undang-undang serta peraturan yang berkaitan dengan isu sosial, politik dan ekonomi dalam pengurusan kewangan Islam. Ia juga meliputi kajian mengenai kewangan dan perbankan Islam dalam semua aspek termasuk takaful, pengurusan dana dan isu-isu yang berkaitan dengan sistem perakaunan Islam.

KELAYAKAN MASUK

Pelajar Tempatan

Lulus SPM atau setaraf – 3 kepujian – termasuk Bahasa Melayu dan 2 subjek lain dan lulus Matematik; ATAU

Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Matematik; ATAU

Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran dan lulus Matematik; ATAU

Lulus Sijil Kolej Komuniti setara Tahap 3 dalam bidang berkaitan; DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran dan Lulus Matematik; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU

Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dengan mendapat CGPA 2.0 dalam bidang berkaitan; ATAU

Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) matapelajaran; ATAU

Lulus STAM (pangkat Maqbul); ATAU

Kelayakan lain diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia atau Senat UCAM

Pelajar Antarabangsa

Kelayakan yang diiktiraf setara oleh Kerajaan Malaysia

STRUKTUR PROGRAM

Muat turun di sini

student-2
“Menjadi sebuah Fakulti yang profesional dan berupaya membentuk kepakaran dalam pelbagai aspek dan gerak kerja di dalam bidang perniagaan.”